Latest Entries »

Saturday, February 4, 2012

Penubuhan KPG

Rasional

Kelas Potensi Gemilang (KPG) Negeri Perlis merupakan satu program untuk meningkatkan pencapaian akademik di sekolah harian biasa dan memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat pendidikan berkualiti serta mengurangkan tumpuan permohonan ke sekolah kawalan.

Misi

Berusaha secara berterusan bagi mencapai kecemerlangan dan peningkatan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid.

Kurikulum

Mencapai sasaran sekolah sebagai kelas berpotensi mencapai 8A dan minima pencapaian ialah 3A.

Kokurikulum

Penglibatan secara menyeluruh dan akif di semua peringkat iaitu sekolah, negeri dan negara.

Sahsiah

Berketrampilan dan memiliki ciri-ciri terbaik dalam jasmani, rohani dan emosi.

Visi

Kelas Potensi Gemilang menjadi kelas cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekolah-sekolah negeri Perlis.

Matlamat

Melahirkan murid yang cemerlang kurikulum dan kokurikulum dengan sahsiah yang terpuji.

Strategi

· Memberikan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

· Merangka pembangunan profesionalisme guru.

· Memantapkan budaya belajar dalam kalangan murid

· Membina hubungan baik antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.

· Membentuk jatidiri dan sahsiah terpuji dalam kalangan murid.

Objektif

· Membantu murid cemerlang UPSR mendapat pendidikan sewajarnya.

· Menyediakan suasana pembelajaran kondusif dan kompetitif.

· Mencapai prestasi tinggi dalam PMR.

· Membina keperibadian mulia dalam melahirkan modal insan.

Sekolah-sekolah Negeri Perlis Yang Terlibat

· SMK Arau

· SMK Padang Besar (U)

· SMK Dato' Ali Ahmad

· SMK Dato' Jaafar Hassan

· SMK Syed Ahmad

· SMK Abi

· SMK Syed Sirajuddin

· SMK Tengku Suleiman

· SMK Putra

· SMK Syed Alwi

· SMK Perlis

· SMK Kuala Perlis

· SMK Syed Saffi

· SMK Sanglang

· SMK Tengku Budriah

· SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah

Syarat-syarat

· Memilih 30-35 pelajar terbaik UPSR

· Warganegara Malaysia

· Penglibatan aktif kokurikulum

· Rekod disiplin baik

· Mengekalkan prestasi untuk kekal dalam KPG tingkatan 2 dan 3.

· Mendapat tawaran JPNPs

Strategi Pelaksanaan

· Setiap sekolah dikehendaki menetapkan antara 30-35 orang murid yang paling cemerlang dalam UPSR.

· Mengemukakan senarai murid terpilih ke JPNPs

· Murid terpilih akan diberi surat tawaran oleh JPNPs

· Pihak sekolah menyediakan guru berpengalaman dan berkemahiran untuk merancang pengajaran dan program bagi memastikan keistimewaan kelas tersebut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...